Monday 16 April 2012

All About Us

Our Shoot Pre-Wedding

NHSA AN.

Kita kenal pada 7 februari 2012 di MukaBuku & Kisah Cinta Kita bermula pada 12 Februari 2012. masa tu aku tersangatlah gembira kerana aku dapat boyfiee baru masa aku birthday & masa tu umur aku 18 y.o sudah. aku teramat & tersangatlah gembira && senyuman pun lebar sampai ke telinga sebab aku suka sangat dengan tarikh birthday aku masa tu & aku sangat sayang dengan tarikh tu. bukan selalu jumpa tarikh macam tu. hihi. hari pertama bercinta bukan main lagi gembira sampai lidah pun kelu sudah mau panggil sayang & ucap iloveyou && imisyyou. ialah orang sudah 2 bulan lebih single lah katakan lepas tu frust lagi sebab tau orang yg aku suka, sayang & cinta tu ada gf sudah. sedihlah yg teramat sangat. baru 2 bulan lebih single, bukannya bertahun-tahun pun. sudah kick sendiri. hahahahaha :D

13 Februari 2012. masuk hari kedua kami bercinta. hmm, kusangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. semuanya tidak seindah masa mula-mula kenal. masa ni lah start sudah gaduh, marah & semuanya lah. biasalah adat dalam bercinta lah katakan. walaupun kami macam tu aku tetap bersabar & tetap gembira && masih lagi mampu mengukir senyuman di bibir walapun di dalam hati sangat sedih. 25 Februari 2012 adalah hari yg sangat sangat sangat & sangat menggembirakan sebab masa ni aku jd talent tuk shoot pre-wedding & pasanagn aku adalah dia & masa ni lah kami first time jumpa face to face disitu UMS. hihi. 

Kegembiraan & senyuman yg terukir di bibir berubah menjadi tangisan pada 1 March 2012 kerana dia tinggalkan aku atas sebab-sebab yg tertentu (sebabnya biarlah aku saja yg tau) tapi aku tetap berusaha meyakinkan dia bahawa setiap yg terjadi itu adalah ujian untuk menguatkan lagi perhubungan yg telah kami bina & menguji kesabaran & keimanan dalam menjalani hubungan kami. perghh. sekali ayat macam pro sudah bg nasihat. maka-maka sendiri pun selalu juga kena cuci telinga dirumah oleh ummi. hahahaha. walaupun sudah berpisah tapi kami masih lagi contact macam dulu. masih lagi text & call setiap hari. walaupun sedih aku tetap gembira tapi kegembiraan itu tidak kekal lama sebab masa dia pergi pulau pinang 12 March 2012, masa ni kami start sudah jarang contact. semuanya tidak macam dulu & jauh disudut hati aku mengatakan yg dia sudah berubah && ada sesuatu yg dia sembunyikan dari pengetahuan aku. sukar untuk aku mengatakan yg aku teramat & tersangatlah sedih masa ni && semuanya aku pendam di dalam hati. 

23 March 2012. malam ni aku call dia & kesedihan aku terhenti disini kerana dia cakap dia mau semuanya kembali seperti dulu & aku rasa akulah orang paling gembira didunia ni kerana akhirnya penantian aku berakhir dengan kegembiraan. 24 March 2012, aku pergi kk dengan ummi, abah & anil. masa ni aku ikut tuk tolong ummi beli bb & masa ni dia cakap dia mau jumpa aku jam2 lepas solat jumaat disitu padang maktab tapi aku terlambat datang. jam3 lebih baru aku datang pergi jumpa dia. half hour saja kami jumpa sebab ummi call & suruh aku balik. sedihnya tapi biarpun half hour saja kami jumpa aku tetap gembira sebab dapat lepaskan rindu dengan dia & dapat tengok muka dia.

27 March 2012. hari yg sangat menyedihkan sebab dia langsung tidak contact aku. aku risau sangat dengan dia. aku risau kalau ada apa-apa yg terjadi dengan dia sampai dalam tidur pun termimpi pasal dia saja sebab terlalu risaukan dia. hmm.

28 March 2012. macam biasa aku bangun awal pagi tuk iron baju ummi & buat apa yg patut. jam6.30 am, terdetik dihati tuk mengetahui sesuatu. guess what? ALLAH sangat menyayangi diriku ini walaupun aku selalu lupa pada dia & tidak menunaikan perintahnya. akhirnya, DIA memberikan jawapan kepada soalan yg selama ini bermain difikiranku & semua kegembiraan & senyuman yg terukir di bibir sekali lagi berubah menjadi tangisan yg teramat & tersangatlah menyakitkan hati hingga membuat aku sakit sendiri disini. aku tidak menyangka kalau kisah cinta kami akan berakhir dengan tragik sekali. sungguh menyedihkan. impian cinta serta kasih sayang & mahligai bahagia yg aku berusaha bina dengan penuh kesetian & kesabaran akhirnya hancur musnah & berakhir macam tu saja. sayunya hati kerana hubungan yg dibina tidak kekal lama & berakhir dengan tragik sekali. kisah cinta diantara aku & dia, hanya aku saja yg tau apa yg berlaku & kenapa kita terpisah. tidak mampu untuk aku berkongsi cerita di dalam blog ni apa sebenarnya yg telah terjadi masa perpisahan itu. aku tidak mau mengaibkan dirinya. aku tau ada orang yg tau tentang kisah diantara aku & dia tapi cukuplah sampai disini saja. aku tidak mau cerita lagi tentang kisah diantara aku & dia. biarlah aku sakit disini memendam semua itu di dalam hati.

Walaupun apa yg terjadi antara aku & dia teramat menyakitkan hati aku, aku tidak pernah untuk membalas dendam atas apa yg terjadi dengan aku & aku juga tidak akan mendoakan keburukkan untuk dia. tiada guna mendoakan keburukkan untuk seseorang.akhirnya nanti diri sendiri juga yg susah. aku pasti akan mendoakan kebaikan untuk dirinya & aku berharap semoga satu hari nanti dia akan berubah kerana fitrah manusia inginkan kebaikan.

Ujian yg diberikan oleh ALLAH terhadap aku & dia adalah mahar buat saat yg indah itu. akhirnya, aku terpaksa juga melepaskan dia pergi untuk selama-lamanya. kini tinggal aku sendiri hidup tanpa dirinya. akhir sekali, doaku buat dirinya diiringi dengan tangisan kerana aku sakit merindui, menyayangi & mencintai dirinya.

LOTS OF LOVE, NHSA AR.

Sunday 15 April 2012

First time update blog

Assalamualaikum :D

First of all i wanna say thanks so much to My Sweety Izzati for helping me to create this blog. bahahaha, tiba-tiba speaking bi. okay atau nda cara aku speaking? aku antam setjaa. at least aku try tuk speaking bi. hihi. tiba-tiba datang pula rajin aku malam ni mau update blog aku ni yg sudah 3 bulan lebih menunggu aku tp aku nda pandai mau update blog ni. bangas suda dia menunggu aku. muahahaha.

Aku belum pro lagi mau guna blog ni. biasalah orang baru belajarlah katakan. so masih banyak lagi yg aku kena belajar dalam blog ni ma jati sampailah aku pro dan nda payah lagi minta pertolongan sii jati kalau mau update blog ni or mau tukar apa-apa dalam blog. hihi. nda tau lagi ni mau cakap apa ni. actually banyak lagi aku mau cerr disini tp malas mau menaip. haha. memang best guna blog ni. nda terhad kalau menulis. kalau fb terhad. susah mau tulis panjang-panjang. tp dua-dua pun aku sayang sebab dua-dua tempat
curhat. muehehehe.

Okay lah. cukup sampai disini setjaa lah intro tuk aku yg first time update blog ni. hihi. sekali lagi aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada izzati sebab sudi membantu kawan mu ni yg sangatlah pemalas mau buat & update ni blog. pemalas lah sangat. haha. jasa & budi baikmu pasti akan ku kenang hingga ke akhir hayat ku. insyaAllah. semoga aku nda akan lupa & selalu ingat. Iloveyou My Sweety Izzati. muah muah and muah di pipi and lendo. hihi.

Good Night My Shawty Blogger. Assalamualaikum :D